Tuesday 3 October 2017

Hot Summer in Hong Kong & Macau (INTRO)

The highlight of the day


...

Assalamualaikum,,,

Hai~

Rasanya lama tak menulis, maklum lah dah hampir setahun tak ke overseas. Setakat jalan-jalan dalam negara tu adalah cuma tak sempat nak update di sebab kan kemalasan. Hee.

Tapi kalau overseas trip memang rajin kan diri sikit nak share pengalaman and beri tips pada semua yang memerlukan. 

Ok so for this entry I would like to share some of my experience once I’m in Hong Kong and Macau.
Mungkin ramai di antara rakyat Malaysia yang pernah menjejakkan kaki di sana tapi rasanya masih ramai lagi yang belum kot kan.

So, before pergi lebih lanjut, aku nak share sikit info pasal Hong Kong and Macau.

For those yang berminat nak ke Hong Kong or Macau or maybe southern China macam Guangzhou, Shenzhen or Taiwan, If boleh please la avoid untuk ke sana masa bulan May hingga September. 

Sebab nya cuaca di sana pada bulan May-September sangat lah panas and plus selalu berlakunya typhoon.

Macam apa yang terjadi kat aku lah excited beli tiket sekali beli bulan 9. Reason beli masa bulan 9 kononnya dapat sambung cuti Awal Muharram and hari Malaysia, so just ambil a few days leave and dapat lah seminggu cuti. Hehe.

Planning cuti tu dah ok dah cuma tak terfikir pulak masa tu possibility untuk berlakunya typhoon dekat Hong Kong agak tinggi masa musim panas. Lepas dah beli tiket baru tahu pasal benda ni. Haih.

So actually, Hong Kong ni dia ada 4 musim juga,

Musim Sejuk – December-Februari
Musim Bunga- March – April
Musim panas – May-September
Musim Luruh – October- November

Nampak tak musim panas tu panjang. Haha. 
Aku pun x sure betul ke tak info aku bagi ni, tapi kalau nak pergi Hong Kong biarlah time sejuk sejuk sikit sebab nak berjalan pun selesa. Jangan jadi macam kami berjalan sana sini panas panas kena sunburn bagai. Haha. Plus, for your information Hong Kong baru je di landa typhoon dua minggu sebelum tarikh flight kami. So cuak ke tidak nak pergi ni? Haha.

Ok so back to our trip.

Trip to Hong Kong as usual aku lah jadi leader nya. Dari tiket ke hotel ke itinerary semua aku yang buat almost 95% aku yang buat ok. Penat juga jadi planner ni tapi disebabkan minat so redah jela kan.

This trip juga merupakan first debute aku ajak adik aku join with her friend. Yelah masa tu nak kejar free seat punya pasal tu yang ajak dia lagi pun dia minat nak try travelling. Kami beli tiket ni dalam bulan 3 ke 4, tahun yang sama.

Pengangkutan

Ok so before apa apa as usual mestilah kena beli tiket dulu kan.  

Dah kata berebut free seat so memang Air Asia la jawabnya. This time aku plan untuk pergi ke Hong Kong and balik melalui Macau, so dapat cover dua negara kan. Nampak tak permainan kat situ. Hehe.

Untuk tiket total harga kami ialah RM 592.67/pax return.

Harga tiket termasuk makanan and luggage pergi balik 

Tiket Kuala Lumpur – Hong Kong with food and share 40 kg luggage and 
Macau – Kuala Lumpur with food and share 60 kg luggage.

Harga ni sangat affordable kan.


Tengok benda ni pun rasa excited! Hew hew

Penginapan

Untuk penginapan, adalah di maklum kan hotel hotel di Hong Kong tersangat lah kecil. Memang muat muat letak katil je. Haha. Al maklumlah, negara mereka kecil tapi population bersifat setempat dan berkelompok di bandar, itu lah yang menyebabkan crowded and kekurangan ruang dan tempat.
Untuk hotel, kami book melalui agoda.com dan booking.com.

Actually, kami memang dah book awal-awal lagi untuk hotel di Hong Kong dan Macau. 
By the way, untuk makluman, kalau nak book hotel melalui agoda.com or booking.com better menggunakan credit card instead of debit card.

Ini sebab dah terjadi pada aku, pada mulanya aku book hotel di Macau melalui booking.com menggunakan debit card. Aku book di Macau Masters hotel. Setelah google, tengok kedudukan and harga hotel ni sangat lah strategic that why lah aku book hotel ni sejak azali lagi. Haha. 

Sekali masa dah dekat-dekat dengan tarikh tu pihak hotel ada email aku cakap yang debit card number tu invalid card tapi di sebabkan tak perasan email tu so aku ingat dah ok lah. Then nasib baik sehari before ke Hong Kong aku check email, baru perasan yang Macau nya hotel tu dah buat cancellation untuk hotel yang aku tempah tu. Gila tak cuak, sebab nak book hotel lain semua dah mahal sebab dah dekat dengan tarikh nak masuk kan. Nak book hotel yang sama tengok dah penuh juga.

Sebelum ni aku pernah je book melalui booking.com guna debit card. Yelah, normally pembayaran kan di buat masa check in. Aku pernah book guna booking.com masa pergi aussie dulu.
Tapi kat macau ni pelik, hotel dia memang nak charge credit card siap-siap sebelum check in. Huhu. 
So disebabkan dah jadi kes cam ni cepat-cepat aku masukkan number credit card kat setting di agoda.com and booking.com. Sebelum ni aku tak masukkan sebab takut mereka charge cepat sangat then if tak jadi pergi ke apa tak dapat nak refund kan.

Ok so berbalik kepada cerita penginapan di Hong Kong dan Macau.

i) Hong Kong

Untuk di Hong Kong kami memilih untuk menginap di Lily Garden Guest House Hotel yang terletak di Tsim Sha Tsui. Hotel kami ni terletak di dalam Mirador mansion.
Hotel nya di 5/F Mirador Mansion
Di Tsim Sha Tsui terdapat dua tempat penginapan yang famous dalam kalangan pelancong iaitu di Chungking Mansion and Mirador Mansion. 

Both of this mansion menempat kan berpuluh-puluh jenis guest house yang lain. Cumanya di Mirador Mansion keadaaannya lebih tenang berbanding dengan di Chungking Mansion.
pintu masuk ke chungking mansions
pintu masuk ke miradon mansions
See, a lot of guest house in this mansions
Bilik di Lily Garden Guest House as expected memanglah kecil but for me still ok lah as basic hotel. Eventhough hotel ni kecil tapi jangan ingat harga nya murah! Satu malam around RM 100++ for one room. 
Bilik aku lebih kurang macam ni, masa kat sana lupa nak tangkap ni aku google je.haha
Apa yang aku suka tentang Lily Garden Guest House ni adalah location dia. Senang sangat nak naik train or turun bas if dari airport. Plus, masjid Kowloon terletak depan hotel kitorang je (approximate 150 m from mirador mansion)

Di Tsim Sha Tsui juga terdapat garden of star, avenue of stars and Victoria harbour where the symphony of light event happen.


ii) Macau

Untuk di Macau, as you all know aku terpaksa menempah hotel baru disebabkan hotel sebelum ni dah auto reject booking kami.

So aku decide untuk duduk di hotel berdekatan dengan Macau Masters Hotel tu iaitu di London Hotel or nama lain Ole London Hotel.

Harga hotel ni agak pricey mungkin sebab late booking made kot iaitu beberapa hari je sebelum masuk. Nak tak nak terpaksa lah book sebab location hotel ni best, iaitu terletak berhampiran dengan Senado square.
Entrance Ole London Hotel
Average hotel je tapi selesa

Toilet pun bersih

























Pengangkutan

i) Hong Kong

Untuk di Hong Kong pengangkutan sangat mudah. Public transport sangat mudah kat sini. Boleh naik train, bas, taxi, ferry dan tram.

Syarat nya kena ada Octopus Card sahaja.

Octopus card ni macam touch and go je.
Octopus card
Harga nya HKD 150 tapi kat dalam kad ada HKD 100 je. HKD 50 tu adalah deposit, boleh dapat semula once kita pulangkan kad masa nak balik nanti.

For your information, Octopus card ni boleh guna kat mana-mana je. 

But for us, kami guna untuk menaiki public transport sahaja. Sepanjang di Hong Kong lebih kurang 3 malam, HKD 100 dalam kad tu sebenar nya dah cukup dah untuk cover tempat yang kami pergi but for those yang cover lebih banyak tempat tu maybe perlu topup je nanti.

Octopus card boleh di beli di arrival hall airport. Iaitu di airport express transfer.
octopus card boleh dibeli disini
ii) Macau

Di Macau, main transportation nya ialah public bas. Sebelum ni ada baca mengenai shuttle bus ni tapi bila kami sampai sana agak confuse dengan shuttle bas. 

So, kami decide naik bas yang berbayar tu je macam rapid KL. Haha.

Harga tambang bas di Macau sangar affordable compare dengan tambang taxi which is very pricey!
Untuk ke sesuatu tempat tu sangat mudah naik bas cuma kena taw bas tu nak ke arah mana. Google maps will help you in this case.
pengangkutan kami di macau
Plan Internet

i) Hong Kong

Di Hong Kong, kami membeli plan internet di kedai 1010 di Hong Kong airport.

Harga nya HKD 118 untuk 5 gb internet for 8 days kalau tak silap. So kami decide ambil 1 plan ni and share hot spot je internet. 

Highly recommended for those yang travel without agent. This internet helps us much for the direction (google maps). Plus, if ada internet senang nak buat live update kan. Haha.
1010 di airport arrival hall
ii) Macau

Di Macau, kami tidak membeli plan internet. Konsep kami di Macau redah je. Haha.
Lagi pun satu malam je di Macau so rasa macam tak berbaloi beli plan internet.

Visa Hong Kong and Macau

Malaysian passport holder do not need visa untuk masuk ke Hong Kong and Macau as 2017.

Travel adaptor

Plug di Hong Kong dan Macau sama seperti di Malaysia je. So easy pezy.

Disneyland Hong Kong Ticket

Kami membeli tiket Disneyland Hong Kong secara online di Klook.com. Harga tiket Disneyland online lebih murah berbanding beli di kaunter. 

Harga online RM 300 and jika membeli di kaunter around RM 360.

Cumanya untuk membeli di klook.com anda memerlukan credit card. Without credit card rasanya memang tak boleh nak purchase tiket.

For those yang berminat nak try klook.com boleh klik link ini.

Selepas membeli caranya sangat mudah, terus ke entrance gate di Disneyland. Tak perlu beratur di kaunter tiket dah.
confirmation email after purchase from klook.com
Victoria Peak Tram

Untuk peak tram, kami membeli tiket secara online juga di klook.com. Highly recommended untuk beli online sebab kami plan nak pergi on weekend so memang ramai orang kat sana ok.

Harga tiket around RM50 return.

Matawang

Di Hong Kong ialah Hong Kong Dollar,

Manakala di Macau ialah Macau Patacas, tetapi di Macau mereka juga accept matawang Hong Kong Dollar and Chinese Renminbi.

Untuk matawang Macau Patacas tak banyak money changer di Malaysia mempunyai wang tersebut, so kami tukar HKD sahaja and di Hong Kong baru tukar MOP sikit.

Jangan tersalah currency pulak, macam si Sufee dia pergi tukar HKD and Taiwan Dollar pula. Haha. 

Currency semasa kami tukar around HKD100=RM54

Wang macau ni kami tukar semasa di Hong Kong. Hehe


No comments: