Thursday 5 October 2017

Hot Summer in Hong Kong & Macau (DAY 1)

Alhamdulillah,,, :)

Hari yang ditunggu telah tiba. Flight kami dari Kuala Lumpur ke Hong Kong pada jam 7.10 pg 16/9/2017.

Kami decide untuk berkumpul di airport sebelum departure time.

Urusan di imigresen dan di airport alhamdulillah dipermudahkan.

Then selesai semua tu merepot lah tunggu flight kan.
Aktiviti merepot bermula di sini
Semasa di dalam flight kami membuat tempahan makanan, maklumlah nanti tengah hari sampai di Hong Kong susah dah nak cari makanan halal kan.
saja try chicken rice AA, biasa je..huhu
muka happy dpt fly. haha
lets lupakan masalah kerja.hoho
Kami di berikan arrival form untuk di isi semasa di dalam flight. 

Untuk makluman, Hong Kong dan Macau tidak lagi mengenakan stamp/chop pada passport. Sangat kecewa kan tak dapat stamp Hong Kong and Macau. Sobs sobs. 

Arrival form ni kena isi and simpan sehinggalah keluar dari Hong Kong.

Sesampai nya di Hong Kong airport, kami menaiki train transfer to immigration and luggage claim area. Rupanya kalau sesiapa ingin ke macau boleh juga menaiki ferry berhampiran dengan airport. Tak pasti di mana ia terletak tapi memang ada signage ke kawasan ferry terminal to Macau. Hew hew.
Train to immigration areas
Yeah tu dia signage ke macau ferry
Antara saat mendebarkan ialah semasa tunggu luggage. Rasa paranoid kalau luggage x sampai. haha
Selesai claim luggage and urusan imigresen kami terus ke kedai 1010 untuk membeli plan internet.

As been informed before, plan internet ni harga nya HKD 118 untuk 8 days with 5 gb data internet. Kami decide beli 1 plan and share hot spot je. Ini untuk memudahkan urusan semasa di sana.
Kedai ni terletak betul-betul selepas pintu keluar di arrival hall
Yeah, lets explore what this country have!
Selepas membeli plan internet, kami ke kaunter aiport train express untuk membeli octopus card.
Octopus ni macam touch and go je ye.

Octopus card boleh beli di sini
Kami decide untuk ke hotel kami dulu for check in. Untuk ke hotel di Tsim Sha Tsui, kami decide menaiki bas je.

Setelah membuat kajian, bas yang famous dalam kalangan pelancong untuk ke Tsim Sha Tsui from airport ialah City bus A21.

Dari airport ikut je signage station bas untuk ke platform bas A21 tu. Harga tiket bas ialah HKD 33. Boleh menggunakan octopus card. Mudah kan.
Antara laluan ke bas terminal
ikut je signage sampai la ke signboard schedule bas ni

Untuk ke Tsim Sha Tsui, dengan menaiki bas A21 ni boleh turun di Nathan road. Jangan risau sebab bas di Hong Kong sangat canggih. Bas macam rapid KL tapi dua tingkat siap ada tempat letak luggage plus ada screen tulis which stop after this. So kita boleh alert kat mana nak turun kan. Mudah je.
tak perlu risau kt mana nak letak luggage kan
naik bas pun excited. hehe
lets start our day here :)
Perjalanan lebih kurang 45 minit dari airport ke Tsim Sha Tsui tu. Kami turun di Bus Stop No 13 di Nathan Road. Dekat screen akan tulis No 13 Nathan road.
Sorry dalam gambar tulisan kat screen tu tak jelas pulak 
permandangan spjg dlm bas
Untuk ke Mirador mansion or Chungking mansion selepas turun bas jalan terus ke hadapan (pastikan jalan raya di sebelah kanan anda) and mirador mansion terletak di sebelah kiri jalan je. Lebih kurang 75 m dari tempat turun bas tu. Dekat saja.

Receptionist Lily Garden Guest House ni terletak di tingkat 3. (terlupa nak ambil gambar di receptionist. Sorry!) 

Lift yang terdapat di Mirador Mansion ni mempunyai dua jenis. 1 lift untuk tingkat yang bernombor genap and lift lagi satu untuk tingkat yang bernombor ganjil sahaja. Jenuh jugak lah nak tunggu lift sampai sebeb very slow.
Old school koridor at this mansions
Kami check in di hotel ni lebih kurang dalam 1.30 tgh hari. Masa check in ni orang tu cakap dia tak kemas lagi bilik kami. Dia suruh kami letak luggage dulu and datang balik around 30 minit macam tu. Memang stress bila dengar cam ni kan sebab ingatkan dapatlah berehat kejap kat hotel before start explore Hong Kong tapi nak buat camne kan terpaksa lah redha.

Actually, Lily Garden Guest House ni dia macam rumah apartment, cuma dalam apartment tu dia divide bahagian dalam rumah jadikan bilik-bilik kecil acah-acah hotel. Tapi for me ok lah sebab setiap bilik ada private bathroom/toilet sendiri. Cuma saiz nya je comel sangat.

So after drop luggage tu kitorang decide untuk ke masjid berdekatan iaitu ke Masjid Kowloon. Islamic betul trip ni kan. Alhamdulillah. Haha.

Masjid Kowloon ni terletak bertentangan dengan hotel kami. Melintas jalan je terus sampai. Alang-alang dah sampai masjid ni kami solak jamak and rehat kejap sementara tunggu bilik kami di kemas.

Masjid Kowloon ni agak besar juga cuma komuniti Pakistan ramai sangat dekat sini. Dah macam negara dorang je. But the advantages nya banyak restoran-restoran halal Pakistan di sekitar hotel kami.
Bahagian luar masjid, agak susah nak ambil gambar penuh sebab ianya terletak betul-betul tepi jalan besar
Kowloon mosque. Tempat pertama kami lawat di Hong Kong.!
Tandas ada paip di masjid :D haha

Around 3 pm macam tu kami gerak ke hotel semula and alhamdulillah bilik dah siap kemas, siap rasa sejuk lagi! Lega rasa sebab cuaca sekarang sangat panas membahang di Hong Kong maklumlah musim panas kan.
koridor di dalam lily guest house. Ok la kan?
cuma comel sgt.ahha
pintu bilik yg rapat-rapat, nak untung betul owner ni!


Kami rehat di hotel and decide untuk keluar semula around 5 ptg. Lama betul rehat kan? Haha.

Yelah, masing-masing penat. Even flight pukul 7 pg but then malam tu tak dapat nak tidur lena sangat sebab excited plus takut tertinggal flight. Haih. So akibat nya badan jadi sedikit letih.
katil pun comel, so jangan berangan nak ada wardrobe pulak. ahah
tv pun tergantung atas pintu ye! jimat ruang betul. haih
Around 5pm macam tu kami decide untuk keluar, destinasi pertama kami pergi ialah Ma’s Restaurant. Haha. Gigih kan. Bak kata orang putih “Do not Travel on Empty stomach

Ma’s Restaurant ni antara restaurant halal yang sangat famous di Hong Kong. Actually di Hong Kong terdapat 3 restaurant Halal terkenal tapi kami hanya sempat cover 2 restaurant sahaja.

Tiga restaurant tu ialah:
1. Ma’s restaurant di Prince Edward Station
2. Masjid Ommar Islamic Canteen di Wan Chai
3. Wai Kee, Bowrington Restaurant (Nasi itik-tak sempat pergi)

Pada mulanya, aku plan untuk ke Bowringtom restaurant masa first day kat Hong Kong tapi lepas fikir balik rasa macam nak ke Ma’s Restaurant dulu.

Sebabnya Ma’s Restaurant terletak lebih dekat dengan hotel kami and jarak dia dari train station Prince Edward dekat sahaja. 

Kalau nak ke Bowrington tu agak jauh and banyak transit.

Kedudukan restaurant tu dari train station juga agak jauh. Maklumlah, kami kena kejar masa sikit untuk ke Avenue of Stars after makan sebab nak tengok The Symphony of Light iaitu festival lampu and muzik yang famous di Hong Kong.

So, for those yang nak ke Ma’s Restaurant direction nya mudah sahaja. 

Take train and drop at Prince Edward station and exit E. Bila dah exit E tu belok kiri and jalan terus sahaja (pastikan jalan besar di sebelah kanan anda) and lepas terus akan melintas jalan sikit tapi still pastikan jalan besar di sebelah kanan). 
our first train in Hong Kong at Tsim Sha Tsui!
selamat tiba di Prince Edward station
Masa di exit E tu actually kami guna google maps, so tak dapat nak membantu anda untuk beri direction yang tepat. Sori ya, tapi jarak restaurant ni tak jauh pun dari train station Prince Edward.
Di jamin halal ye
pilih menu pun complicated
chinese tea ni free je kat sini. so refill banyak2 ye.

Makanan di Ma’s restaurant sangat sedap and portion dia pun besar. 

Bila cakap pasal harga of course la mahal!! Apa yang aku perasan harga makanan dan minuman di Hong Kong sangat mahal berbanding dengan negara yang aku pernah pergi sebelum ini.  Satu plate di Ma’s Restaurant harganya around 100 HKD. 
Antara menu special di Ma's la kot. hew hew
Lebih kurang harga seoul garden jika di Malaysia. So if hari-hari makan di Ma’s Restaurant means hari-hari makan di seoul garden la. Haha. Tapi tak apa demi makanan yang halal kan, nasib baik sedap. Hehe.
kami order tiga plate je and nasi goreng dia sedap!
Selfie ckit. hew hew
In front of Ma's Restaurant
After makan di Ma’s Restaurant, kami ke Avenue of Stars yang terletak di Victoria Harbour untuk melihat symphony of light. 

Untuk ke Avenue of Stars kami naik train menuju ke Tsim Sha Tsui. 

Actually, Avenue of stars ni terletak berdekatan je dengan hotel kami. So memang strategic kan menginap di area Tsim Sha Tsui.

Sampai di Tsim Sha Tsui, orang sangat ramai kat station ni malah dorang berjalan sangat laju tapi berterabur. Faham tak? Haha. And plus suka sangat langar-langgar orang. Kami ni tak sampai sehari kat Hong Kong memang lah slow and blur sikit untuk exit mana and nak jalan ke arah mana kan. 

So, akibatnya kami terpisah pulak dari 4 jadi 2 masa dekat station ni. 

Tak tahu macam mana boleh terpisah,mungkin aku and adik aku jalan laju sangat tertinggal sufee and ermie dekat belakang. Haha. Tapi nasib baik ada internet wifi di train station so aku dapat la contact dorang and jumpa di exit D1.

Exit D1 ni actually exit yang dekat dengan mirador mansion. Exit D1 terus belok kanan and menuju ke jalan besar. From jalan besar tu jalan je ikut arah jalan ke avenue of stars. Tak perlu google dah sebab ramai orang nak menuju ke sana untuk tengok symphony of light kan. haha.

So sepanjang jalan nak menuju ke Avenue of Stars tu akan jumpa dengan Chungking Mansion and mall Tsim Sha Tsui Promenade. And sekitar sini juga ada hotel-hotel yang mahal.

Di sebabkan kami terpisah tadi so kami tiba lewat sikit di event Symphony of Light tu tapi nasib baik still dapat tengok. Serius cantik. The synchronization of music and light is beautifully. Lampu berkelip2 di bangunan seberang laut sana. Very nice view and ferry yang lalu pun akan berhenti untuk bagi pelancong tengok the symphony of light ni.

Event symphony of light ni terletak berdekatan dengan Avenue of stars or Victoria Harbour. Event ni start jam 8 malam every day and lasting about 15-20 minit je. Tak lama. So kalau terlewat or sesat memang tak sempat tengok. Plus, orang sangat ramai di sini.
selfie sikit, ramai gile orang!
beautiful performance!
suasana malam yang indah kan.hew hew
gigih tengok video yang di rakam. ahah. nanti iols share ok
After event tu kami berehat ambil angin di tepi laut tu sambil tengok night view of Hong Kong. 

lepak sat

menikmati bayu laut jap. haha
Walaupun malam masih muda tapi kami decide untuk pulang ke hotel awal kerana keesokkan harinya perlukan lebih banyak tenaga, so kena rehat lebih sikit. Hehe.

Selamat Malam from Hong Kong!
Good night, Hong Kong!
Oh before that, please enjoy video di bawah. Sorry for the short video because I'm totally immersed in the moment and just enjoying myself there. :) 



No comments: