Thursday 24 November 2016

Late Spring in Sydney, Australia (DAY 3)

Today plan kami berjalan di sekitar city sahaja kerana keesokkannya baru plan nak berjalan jauh iaitu ke Blue Mountain!

Today main theme is Ferry Trip around Sydney.

But before that, jom visit harry potter! Hehe.

Yes today morning we went to University of Sydney. Untuk ke sini paling senang naik bas! Don’t ever try naik train tapi sebenarnya boleh je naik train cuma nanti kena jalan jauh je.

For those yang nak naik train boleh turun di Redfern Station and from that jalan kaki around 2 km baru sampai University of Sydney.

For those yang nak naik bas boleh follow macam kami. From maze backpackers kami tunggu bas di bas stand yang terletak di Castlereagh street tapi yang paling berdekatan dengan Liverpool street. Jangan confuse sebab jalan-jalan di Sydney semua di label dengan baik sekali. So baca je nama jalan-jalan tu. Kalau confuse google maps je tengok cara paling senang nak pergi University of Sydney.
From google maps dapat taw arak ke mana je nak pergi
Ada banyak bas yang lalu ke University of Sydney. Antaranya bas no 426 and no 428. Kami naik bas no 428, and as always suruh driver tu inform kalau dah sampai University of Sydney. So mudah kan, suruh je dia informed. Ahha.
bas di sydney lebih kurang rapid KL je tapi sangat punctual

stesen University of Sydney
Tujuan ke University of Sydney ni untuk melawat quadrangle and bangunan stuart tu je.
cantik okay bangunan ni. jakun gile rasa! haha
dalam quadrangle
i thought that i was at hogwarts!
 Memang cantik sangat and rasa macam kat Hogwarts! Feeling so Magical!
at quadrangle
mungkin perkara biasa untuk baring di tengah padang macam ni kat university dorang
oh! i miss my school!
other side of University of Sydney
Alangkah baiknya jika berpeluang belajar di sini kan!

Selesai discover University of Sydney kami menaiki bas yang sama untuk ke Maze Backpackers but as usual singgah sekejap di central station sebab nak survey perfume kat one of the Chemist Warehouse yang ada kat situ. Sempat la membeli perfume-perfume kat situ and then berjalan kaki ke maze backpackers.

Sambil jalan kaki tu terjumpa la kedai Its time for Thai.
its time for thai
halal restoran
Memang ada baca sebelum ni kedai ni merupakan restoran halal di Sydney. So singgah lunch sekejap. Portion menu dia agak banyak juga. One plate boleh makan dua orang! 

Aku order crispy chicken with rice! Sangat sedap ayam crispy sangat besar. Boleh tapau ayam tu untuk buat lauk dengan bubur di malam hari. Ahhaha. Yes that is what I do! 
happy tummy dapat nasi ea
Untuk lunch kedai ni buat promotion, set sekali dengan air AUD 11 or convert around RM30++. Haha. So jawabnya sehari sekali jela makan luar and malam maggi/bubur. Haha. If bukan waktu lunch harga nya around AUD 13.
harga lunch
Selesai makan, solat sekejap di hostel and then go to the circular quay station for the highlight of the day! Ferry trip around Sydney! 

Oh ya, masa on the way ke hostel kami singgah sebentar di kedai ni untuk menjual emas. Actually kedai ni membeli dan menjual bermacam jenis barang yang di rasakan ada value contohnya macam barang-barang antik, senang cerita ni adalah kedai collectable items. 
see barang yang dijual merupakan milik orang
gigih la nak jual emas padahal tanya je. ahha
suka sangat kedai macam ni sebab banyak barang unik!
Selain dari singgah kedai collectable items ni kitorang singgah kat daiso jugak. Kononnya nak tengok daiso kat aussie ni macam mana kan. haha. Tapi tak banyak beza pun, sama je macam kat Malaysia and by the way aku pun terbeli pillow neck kat sini. Memang dah lama nak beli and alang-alang boleh guna nanti masa nak balik kan.

After solat di hostel kami ke Circular Quay for ferry trip.

Actually ferry-ferry ni memang public transport kat Sydney and disebabkan jakun so excited nak naik ferry!

Terdapat banyak wharf di Circular Quay. For your information, nanti baca je kat main board yang ada untuk tahu which wharf yang pergi to your desire destination. And each wharf ada dua side so before touch opal card baca dulu screen yang ada untuk tahu which side is your ferry to your destination.
Tengok screen ni before masuk to that wharf
Tujuan pertama sepatut nya menuju darling harbour tapi disebabkan rasa gila time tu and at wharf 4 side A tu ferry dia lagi cantik so kitorang naik je ferry tu tanpa tengok ferry tu kemana!!! Gila kan! Haha. Tapi enjoying bergambar kat atas ferry sebab tak ramai orang.
to darling habour side B tp nak buat keje gile kejap
gigih nak naik ferry ni.haha
yeah, enjoying my ferry trip!
Yes memang gila sebab ferry ni pergi agak jauh juga! And kami turun di checkpoint pertama iaitu di Cockatoo Island. Haha. Effa and yana ni takut jugak sebab we are in the middle of nowhere kan and plus kami je yang turun kat island ni. Yes we are totally stranded at the unknown island now!
muka ketakutan ke? macam tak je
at least jejak juga kaki di sini kan
Actually aku pernah baca pasal cockatoo island ni tapi tak ada apa special pun kat sini yang ada hanyalah camping site je. Bila dah tiba kat wharf di cockatoo island, suasana memang sunyi gila and tak ada orang! Yang ada hanyalah beberapa remaja yang bermain volleyball tu pun kedengaran suara dari jauh je! Kat sekitar island ni banyak khemah-khemah je.
such an isolated island
abandon building?
no one here? is this place has zombies??
Then tetiba ada guard wharf tu datang kat kami dia tanya did you need help? Maybe dia nampak kami ni macam stranded and lost kat island ni kan. So aku pun tanya je, when is the next ferry to darling harbour? Then dia jawab, oh the last ferry to darling harbour is already go. Terus macam OMG, tidur khemah la malam ni. Haha.

Tapi tetiba terfikir nak tanya, how about the ferry to Circular Quay? Then dia ckp yes still have, it will be here about 10-15 minutes. Pergh, lega! Tak perlu nak bermalam di cockatoo island. Actually masa ni jam baru pukul 5 pm. Masih terang, cumanya hari nak hujan langit sangat gelap.
merepot tunggu next ferry
Finally,kami menaiki ferry back to circular quay but actually kami tak touch pun kad opal tu di cockatoo island. Haha. Sebab ingat nak jimat, yela if sampai circular quay nanti naik je ferry sebelah untuk ke darling harbour kan. Ferry kali ni pusing agak jauh, memang lama juga la dalam ferry! Haha. Tapi cuaca hujan renyai so macam tak fun nak berseronok bergambar.
banyak station ferry ni berhenti kali ni. Memang enjoying ferry trip la today. haha
ni moment before hujan renyai-renyai tu.hehe
Finally kami tiba di Circular quay but then tujuan sebenarnya nak ke darling harbour. So ada dua ferry je kat situ, ferry kami tadi or ferry sebelah. Sebab kan tak nak sesat so aku tanya kat guard kat situ. Which ferry go to darling harbour and die cakap you need to go to wharf 4. Rupanya ferry dari cockatoo island tu turun kan passengers dia dekat wharf 5 which means different wharf from the earlier tadi. 

So by the time kami touch opal card dekat wharf 4 tu dia deduct money based on trip so it means kitorang dah buat one trip from circular quay to circular quay back. Around AUD 7 kena tolak! #Redha!

Yes so that it kami ke darling harbour. Kat darling harbour ni actually tempat most of the attractions place in Sydney macam madame tussauds, sea life aquarium and etc. Disebabkan hari hujan so kami tak dapat nak explore and jalan-jalan tenang kat sini.

harbourside shopping mall from darling harbour
Then kami menuju ke Harbourside Shopping Mall, tujuannya nak cuci mata kat hard rock café je. Kat mall ni banyak kedai jual souvenirs but the price agak pricey. Kami tak beli pun just cuci-cuci mata je.
ni dekat pyrmont bridge. this bridge connected
darling harbour to shopping mall tu
a lot of souvenirs shop dalam mall ni

hanya mampu bergambar di depan sahaja
dalam souvenirs shop pun ada di jual crocodile snacks. Macam mana la agaknya rasa dia kan?
enjoying coffee at the darling harbour
selfie sikit. hehe
After that, we back at darling harbour wharf untuk ke Milsons Point. But before that kami topup Opal card AUD 10 menggunakan mesin di Darling Habour tu. By the way, minimum yang boleh topup di mesin ialah AUD 10 je. 
steady minah ni angkat besi.
suasana dalam ferry
Di milsons point kita akan dapat lihat harbour bridge dengan lebih dekat and plus kat sini ada Luna Park which is mini theme park at Sydney. Pergh cantik view malam kat sini tapi sayang hujan rintik-rintik so xdapat nak lepak lama-lama. 
at milsons point
lets smile like Luna but Luna hitam malam ni.haha
Kami bergerak ke hostel dengan menaiki train di milsons point tapi kali ni menuju ke Town Hall. Yes as mention maze backpackers memang centrally located!! 

Actually ada banyak train station yang berdekatan dengan maze backpackers, antaranya museum station (400 m from maze), central station (500 m from maze) and town hall station (700 m from maze). Tapi semuanya dari penjuru berbeza so pilih je nak turun mana and disebabkan malas nak transit so kami turun je di Town Hall masa tu.

Tiba di Town Hall Station kami berjalan ke maze backpackers, and sambil jalan tu terjumpa pulak kedai Chemist Warehouse. Singgah lagi and beli lagi! Haha. By the way, memang chemist warehouse ni banyak tapi perfume yang di jual lain-lain sebab ada perfume yang dah habis stock kat branch tu. And aku membeli untuk orang lain so gigihlah singgah tengok ada stock tak kat sini. Haha
chemist warehouse lagi!
For dinner as always makan bekalan yang di bawa dari Malaysia but tonight ada lauk tambahan hasil daripada tapau lauk crispy chicken lunch tadi. But before balik hostel kami singgah fruit stall kejap kononnya nak beli buah.
gigih ya mencari buah
manggis! mungkin import dari malaysia? but very expensive!
Gigih punya mencari last-last beli 3 biji epal. Mungkin si effa and yana ni nak feeling snow white esok. ahha.
kuasa membeli di tangan mereka
and this my dinner! bubur with crispy chicken! kenyang 1 malam.hehe



No comments: