Friday 14 October 2016

Southern China Trip (Shenzhen-Guangzhou) - INTRO


The highlight of the day :




...
Bercuti di Guangzhou, China.

Assalamualaikum~

Alhamdulillah selesai sudah trip ke Southern China. Trip ni memang boleh di kategorikan yang  paling hectic dengan pelbagai masalah timbul especially before the departure date sampai aku hampir hampir cancel kan this trip. Kalau nak diceritakan satu per satu masalah memang takkan habis. Haha.

Tapi apa apa pun alhamdulilah masih ada jodoh untuk ke China. Hew hew. Trip ini juga dikenali sebagai instant trip! Sebab very short period of time kami kat sana sebabnya nak simpan cuti untuk next trip. Hehe.

Backpackers di China juga sangat mencabar sebab sangat susah nak berkomunikasi dengan local di sana. Sebelum elaborate dengan lebih panjang, perkara di bawah ni wajib anda tahu!

“Jangan Ke China Jika Anda Tidak Tahu Perkara Ini!”

1. Flight Ticket / Hostel Booking Form
Yes wajib purchase flight kalau nak ke mana-mana kan.
Untuk hostel, booking form tu wajib print dalam dwibahasa! English and Chinese version sebab if tak tahu boleh tanya arah and tunjuk alamat tu kat local people.

2. Visa!
Yes the most important think after purchasing the flight ticket. Please la settle kan awal if tak nak ada masalah. Paling awal boleh uruskan ialah 3 bulan sebelum departure date. Visa China sangat leceh!
Visa akan di tampal di passport
3. Communication
Yes, most people in China cannot speak English. It is good to us to learn a bit China words and please download google translate offline!

4. Subway Apps
This is an optional. Tapi better ada supaya senang nanti.

5. Subway Metro Pass
Di Guangzhou terdapat pakej one day pass and three day pass for metro (unlimited use). Di Shenzhen tak pasti sebab kami hanya sehari je di sana.
guangzhou metro pass
6. Money
Berhati-hati sebab di sana banyak wang palsu (note:100 yuan). Kalau boleh tukar duit siap-siap or tukar di bank sahaja jika duit tidak mencukupi semasa di sana. Money changer kat sana pun banyak yang menipu. Be careful ye!

7. Pick Pocket
Behati-hati dengan wallet anda. Pastikan duit tidak diletakkan di satu tempat sahaja. 

8. Maps
Yes, download la maps siap-siap before ke sana sebab di sana google memang tak boleh digunakan. Lagi bagus kalau print siap-siap terus.
Maps ni boleh dapat di airport
9. Websites Blocked
Most of the famous websites memang di block di China. Facebook, Google, Instagram..semua tak boleh guna even connect guna wifi. Kalau nak guna juga please aktifkan data roaming. Medium paling famous kat sana ialah wechat. Ada yang cakap jika guna VPN kita boleh access semua blocked websites. Tapi aku malas nak ambil taw pasal VPN tu lagipun kitorang x lama pun di China. So ok je if x guna fb sekejap.

10. International Adaptor
Yes ni benda wajib bawa jika ke overseas!
travel adapter sgt penting
11. Food
Makanan halal sukar di cari di China especially Shenzhen and untuk secure bawa jela maggi, bubur cup and roti at least boleh alas perut sebelum cari restoran halal yang berdekatan.

Pengangkutan

First thing to do if nak ke mana-mana of course lah kena purchase flight ticket dulu kan. So as usual air asia la pilihan kami. Nak buat macam mana dah tu je paling murah kan. Hee Hew.

By the way, flight kami ni flight direct dari Johor Bahru ke Guangzhou. Route ni merupakan route baru air asia, kalau tak silap baru start pada tahun ni. Sehari hanya ada satu penerbangan sahaja ke Guangzhou. So nak tak nak terpaksa lah ikut masa yang air asia bagi.

Masa kami beli tiket ni nak kata ada promo pun tak juga, mungkin harga standard kot. Disebabkan ni route baru, harga flight agak reasonable juga la. Kami beli around RM405. Actually boleh je dapt RM370 tapi kena balik sehari lewat dari tarikh kami pilih tu. Tapi disebabkan terpaksa simpan cuti yang banyak untuk next vacation so redha jela bayar lebih sikit. Huhu.

Harga promo paling murah boleh dapat dari Johor Bahru ke Guangzhou around RM180++ tapi of course susah nak dapat if nak fix kan dengan masa kita kan. Then merancanglah elok-elok ye. 

Pelanggan setia air asia. ahha
Untuk ke sana kami book luggage 20 kg. Memang tak cukup and terlebih berat masa check in. Nasib baiklah staff di Senai airport tu bagi kami repack balik barang-barang. Memang payah lah sebab dah terlebih 10 kg. Haha.  

Untuk makluman, Air Asia sekarang dah perkenalkan charge baru untuk luggage! Kalau beli luggage masa initial booking harga lebih murah, if beli time modify booking harga luggage jadi mahal sikit and harga luggage ni ikut destination lagi jauh lagi mahal.

Masa balik kami beli 75 kg luggage. Ingatkan banyak sangat nak borong shopping kat sana tapi rupanya tak borong banyak mana pun. Memang merugikan!! Huhu.

Untuk makanan kami book pergi and balik juga. Al maklum lah takut kebuluran masa kt sana. Haha. Harga makanan pun sama macam harga luggage, kalau book masa mula-mula beli tiket lagi murah dari modify booking. Nampaknya Air Asia makin kejam! Banyak sangat charge tersembunyi! Kalau x nak kena charge apa-apa korang kena jadi 100% backpackers! Macam kitorang ni mixed, nak kata 100% backpackers pun tak juga sebab masing-masing bawak luggage gedabak punya. Hihi.

Semasa di China, pengangkutan yang kami gunakan ialah metro subway and taxi. Selain itu kami juga menaiki bullet train. Tiket bullet train boleh terus di beli di kaunter.

bullet train china
Penginapan

Untuk penginapan kami book melalui booking.com. Banyak lagi laman web yang boleh digunakan untuk book penginapan. Aku memilih booking.com sebab senang kat sana baru buat pembayaran. So at any time we can cancel our booking or modify our booking.

“Shenzhen New Station Youth Hostel”

Di Shenzhen, kami memilih Shenzhen New Station Youth Hostel sebagai tempat penginapan kami. Hostel ni merupakan hostel baru. Ianya terletak berhampiran Laojie Subway and sangat dekat dengan Dongmen Pedestrian Street iaitu kawasan shopping terkenal di Shenzhen. Kami menginap di sini satu malam.

Actually hostel ni adalah sebuah rumah kondominium. Mereka jadikan ianya hostel. Hanya terdapat tiga bilik sahaja dan dua bilik air. Kelengkapan rumah yang lain seperti peti sejuk, mesin basuh semua ada. Facilities yang ada kira okay je cumanya mereka tidak provide iron and tiada drinking water macam coway tu. Yang penting Hostel ni ada wifi!

Tiga bilik yang di tawarkan. Sebuah bilik mixed dorm for 6 persons. Male dorm for 4 persons and private room for female 2 persons. Disebabkan kami berempat so kami book sebuah bilik private room dan 2 katil di men dorm. Cadangannya jika hendak solat boleh la tumpang di bilik private room tu tapi malangnya bilik nya sangat kecil and agak kurang yakin kebersihannya. So kami solat di atas kerusi je kat men dorm tu.
men dorm for 4 persons
sofa yang di jadikan tempat solat haha

shared toilet 
kitchen

washing machine pun ada
hall.
Untuk direction ke hostel ni akan diceritakan di entry Day 1 kami di China. Link

For me, hostel ni agak ok sebab berdekatan dengan metro tapi kalau untuk traveller perempuan digalakkan ambil hostel lain or private room kat hostel ni. Privacy kat hostel ni kurang bagus sebab bila anda duduk kat bilik ada je orang keluar masuk bilik.

Berapa kali entah orang receptionist tu masuk bilik kitorang. Kejap kemas katil la. Kejap ambil barang letak barang. Kejap bawak orang lain masuk tengok bilik yang kitorang sewa tu. Maybe sebab hostel ni macam rumah kot that why kurang sikit privacy. Barang-barang pun letak macam tu je. Tiada locker berkunci and bilik pun x boleh kunci!

Tetapi untuk private female room for 2 ada sebuah locker dengan kunci. So boleh letak barang di situ. Tapi for me x de masalah sangat pun dengan hostel ni asalkan ada tempat tidur.

Katil di China memang keras. Katil dorang hanya menggunakan papan dan di alas dengan kain nipis je. 
Betapa nipis nya tilam! btw ni female room for two
“Taisheng Hotel”

Di Guangzhou, kami menginap di Taisheng Hotel. Hotel ni memang strategic location dia and paling murah! For backpackers memang highly recommended! Sebab ianya terletak berdekatan dengan Beijing Lu and Haizhu Square metro station. Jalan kaki je sampai!


Ianya terletak di dalam shopping mall. Tak susah pun nak cari Hotel ni. Wifi di sediakan cuma ikut luck ada bilik laju ada bilik slow. Haha. Bilik yang disediakan pun taraf hotel and bukan hostel tapi hotel bajet jela eh. Tapi sangat ok sebab nak tidur je kan selebihnya jalan sana sini. Hew hew.
Receptionist di dalam mall (Ground floor)
Twin room, walau hotel bajet tapi ok la kan
toilet dia sexy sikit haha
Untuk direction akan diceritakan di entry Day 2 – Guangzhou . Link

Visa

Yes untuk ke China, rakyat Malaysia wajib mempunyai visa. Nak masuk China ni macam-macam kena buat kan. Patutnya China kena bersyukur sebab kami ni sudi nak datang sana kan! Haha. Untuk visa one entry ke China as 2016 harga nya seperti di bawah.


Total Fee Per Persons
Type of application
RM 88.30
Regular (4 days working days collection)
RM 236.00
Express (3 days working days collection)
RM 318.40
Rush (2 days working days collection)

Memang nangis tengok harga visa ke China ni lagi lagi kalau korang lambat apply and terpaksa ambil express or rush application. Untuk memohon anda kena pergi ke Visa Centre di Kuala Lumpur, jika tiada masa nak pergi boleh je upah orang lain buat kan tapi charge nya pasti berbeza mengikut agency tu sendiri. Kalau nak suruh kawan buat kan pun boleh. Macam kami salah seorang dari kitorang yang tolong buatkan yang penting dokumen lengkap di isi.
Visa Centre di KL
Harga untuk double entries or multiple entries anda boleh click link below.

Di nasihatkan anda buat lah visa ni cepat-cepat at least sebulan sebelum pergi. Tempoh paling awal untuk memohon visa ialah 3 bulan sebelum departure date. Untuk download borang permohonan boleh click link di bawah,

Dokumen sokongan wajib di attach bersama borang permohonan visa ke China 2016. Antara dokumen yang diperlukan ialah :
  1. Old Passport
  2. New Passport (validity sekurangnya 6 bulan)
  3. Completed application form dengan 2 keping gambar berukuran passport (latar belakang gambar warna putih)
  4. Flight itinerary
  5. Itinerary masa di China
  6. Hotel booking form
Yes ni lah senarai yang anda kena bawa masa apply visa China. Masa kawan aku apply hari tu dia tak bawa passport lama aku! Ingatkan tak perlu rupanya rule ni baru je diwujudkan sejak 18/08/2016 kalau tak silap. So onwards, for those who want to apply for Visa to China they must bring their old passport together with new passport!

Kawan aku apply kan visa ni lebih kurang seminggu before departure. Tiba-tiba masa sampai di centre tu baru dia tahu kena bawa passport lama bagi mereka yang ada passport lama!

So jawabnya passport lama aku tu ada dengan aku di JB, then terpaksa la aku pos kan ke KL. Nasib baik lah sempat apply hari jumaat minggu sebelum fly tu, tu pun dengan pelbagai dugaan juga dengan problemnya di pos office and sebagainya lah,. Flight kami hari khamis minggu selepas tu and isnin tu hari raya haji which is cuti public. Memang betul-betul hectic!

Sebabnya if kena ambil rush or express application aku macam terpaksa cancel kan trip ni sebab budget dah lari. Huhu.

Untuk regular application tu dia kira siap dalam tempoh 4 hari, contohnya kita apply hari isnin then khamis siap dah. If apply selasa, jumaat siap. If ada public holiday maka akan di tambah sehari lagi. If rush application, if you apply today then tomorrow can collect but need to pay more! Bayaran di buat masa collection day. Untuk pick up kita boleh suruh wakil ambil kan yang penting inform masa buat visa tu.

(p/s: latest update dari kawan aku yang travel ke China pada December 2016, semasa permohonan visa ke China, pihak visa china tak memerlukan passport lama bagi mereka yang pertama kali ke China! So, masa nak apply visa tu tak perlu dah nak bawa passport lama! Haih. Asyik berubah-ubah je kan! But for those yang dah pernah ada visa China sebelum ni better bawa je passport lama tu)
Resit pick up form yang diterima


No comments: