Wednesday 12 October 2016

Penang Trip (DAY 3)

Hari ketiga merupakan hari terakhir kami di Penang pada kali ini. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami mengambil peluang untuk melawat ke rumah asal Al Marhum P.Ramlee. 

Untuk ke sana mudah je just gunakan waze dan type rumah kelahiran P.Ramlee. 
Kami check out sebelum bertolak ke rumah kelahiran P.Ramlee. Kami check out dalam pukul 11 pagi. Dalam perjalanan kami singgah di medan selera masjid terapung yang terletak di Tanjung Bungah untuk makan tengah hari.

Medan selera ni kami jumpa berdasarkan blog-blog sebelum ni. 
Medan Selera ni terletak betul-betul di hadapan masjid terapung. Kedudukan nya sedikit di atas bukit. Restoran yang paling famous di sini ialah Restoran Nasi Melayu Lidiana. 
Restoran ni beroperasi dari jam 11 pagi hingga 4 ptg. Pelbagai masakan campuran melayu terdapat di sini. Sedap-sedap semuanya, harganya pun sangat berpatutan! And yang paling best walau pun ianya restoran masakan melayu tapi kita boleh tengok pelbagai kaum ada di sini. Mat Salleh pun ada! Haha.

Kedai Makan Lidiana
Pelbagai pilihan lauk disediakan kat sini

Pilih pilih. hee
Muka happy je . haha
Setelah mengisi perut kami menuju ke rumah kelahiran P.Ramlee. Al-maklumlah ayah kitorang ni sangat meminati karya-karya P.Ramlee. Tetapi sebelum tu sempat juga singgah dan bergambar di Pantai Miami. Hehe
fefeeling kt miami beach
Kami tiba di Rumah Kelahiran P.Ramlee around 1 tgh hari.
Rumah P.Ramlee ni dijaga rapi oleh pihak muzium. Terdapat auditorium dan pameran lain di sini.

Rumah kelahiran P.Ramlee
Peminat tegar karya P.Ramlee. haha


Umie la tour guide kitorang kat sini. haha
Umie cakap dulu memang penah tido kat katil mcm ni
Dapur ni pun pernah digunakan masa zaman umie kecil
Selepas dah throwback memories umie dan ayah kami menuju ke The Art Street Penang. 

Tak sah juga jika ke Penang tapi tak ke sini. Pada mulanya kami ingin ke sini pada hari pertama tapi disebabkan hari pertama kami keluar agak lewak so terpaksa lah ditunda ke hari ketiga. 

Tak pa lah kan asalkan pergi. Untuk ke lukisan 3D Basikal ni waze je Lebuh Armenian Penang. Lukisan-lukisan street art yang lain berdekatan sahaja dengan lebuh armenian ni.






Memang nice untuk photoshoot kat sini kan!

Kami mengambil keputusan untuk menyewa basikal di sana demi memudahkan pencarian seperti lukisan-lukisan kat atas ni. 
Form ni di isi masa nak sewa basikal
Basikal di sewa dengan harga RM 55 untuk dua buah basikal (5 seater + 3 seater) dan duration time yang di beri ialah selama 1 jam setengah.  Kami di berikan peta kedudukan lukisan-lukisan street art ni oleh owner basikal ni.
ni lah basikal yang kami sewa
umar with grandma
gigih berbasikal .hee
feeling tourist
All of us
Ais kepal sgt famous kat sini
ais  kepal is perfect for hot weather
sangkaya pun ada

Kawasan street art ni memang kawasan tumpuan pelancong. Sangat ramai orang di sini. Souvenir Penang berlambak dijual di sini. Pilih je mana nak. Hehe.

Banyak souvenir
Setelah menghabiskan masa di sini hampir tiga jam. Kami menuju ke Pasar Chowrasta untuk membeli jeruk. Kami membeli jeruk di Jeruk Madu Pak Ali yang terletak bersebelahan dengan Pasar Chowrasta. Ianya terletak di hadapan balai polis.

balai polis
Jeruk Pak Ali
banyak kedai jeruk yang lain selain jeruk pak ali
Baju as souvenir pun ada di jual di sin
Seterusnya, kami menuju ke Padang Kota Lama untuk mengisi perut. Tujuannya untuk mencari mee sotong Pak Hameed.  Akhirnya kami menuju ke Food court yang betul. Rupanya Restoran Mee Sotong Pak Hameed ni terletak di The Esplanade Park di Padang Kota Lama.
Perghhh, memang ramai orang tertumpu di restoran ni sahaja. Padahal terdapat banyak restoran lain di dalam esplanade park ni. Setelah beratur panjang akhirnya dapat juga kami merasa Mee Sotong Pak Hameed ni.

Di sekitar luar The Esplanade Park terdapat gerai-gerai pakaian dan makanan. Gerai-gerai ini hanya di buka pada hari jumaat hingga ahad sahaja (dari petang ke malam).

Esplanade park (medan selera padang kota lama)
mee sotong yang femes tu

mee sotong
sekitar padang kota lama
Jualan downtown hanya pada hari jumaat dan weekend sahaja
Pada malam ini terdapat sambungan event boria di Fort Cornwallis. Kami berkeputusan untuk tunggu sebentar untuk melihat pertandingan boria ni. Ingat kan pertandingan ni start jam 8 malam tetapi sehingga 9 malam masih tak start lagi. Kami sempat tengok perarakan dan satu persembahan sahaja and selepas tu kami terus pulang ke Kajang. Tetapi bagi aku pertandingan ni x menarik pun penat je tunggu. Haih. 
Perarakan before boria
semasa event boria

No comments: