Nak dijadikan
cerita guard kat situ mengenakan RM20 kat kami jika nak park kereta di dalam
kawasan kondo katanya jika park di luar bahaya banyak kaki pecah kereta di
sini. Kami memang tak percaya pun tapi macam redha jela bayar RM20 untuk park
di dalam kawasan kondo. Setiap lot parking dah ada owner dia so guard tu suruh
kami park di hujung sekali. Hurm, memang dah agak dah dia sengaja je nak paw
duit dari kami. Tapi redha jela asalkan kereta selamat kan.
Kami berehat di
kondo sehingga jam 5 petang. Hihi. Percutian ni pun santai je so malas nak rushing
tambahan ada baby so kena la bagi dia tidur lama sikit.
|
Bahagianya Umar cayang! |
Jam 5 petang kami
bertolak dari kondo menuju ke Georgetown untuk pekena Nasi Kandar. Dari
research yang kami buat, Nasi Kandar yang famous di sini Nasi Kandar Beratur,
Nasi Kandar Line Clear and Nasi Kandar Deen Maju.
Kami memilih Nasi
Kandar Deen Maju sebabnya Nasi Kandar Beratur hanya beroperasi jam 10 malam ke
atas. Terasa pelik sangat sebab masa operasinya agak lewat. Nasi Kandar Deen
Maju pula beroperasi dari jam 2.30ptg-10.30mlm. Untuk ke sana kami waze sahaja.
|
Waktu operasi nasi kandar deen maju |
|
gigh beratur demi nasi kandar! haha |
|
Semua dah kelaparan! Makan dulu! |
|
Umar cayang pun nak interframe. hehe |
|
Actually restoran nasi kandar deen maju ni merupakan rumah yang diubahsuai menjadi kedai |
|
See at the back memang deretan rumah pun! p/s:abaikan model di depan. haha |
|
Umar face :p |
|
Umar! |
Jika mengikut
plan, setelah makan kami ingin menuju ke Padang Kota Lama tapi disebabkan waktu
dah nak masuk Solat Maghrib jadi kami singgah dulu bersolat jamak di Masjik
Kapitan Keling. Masjid Kapitan Keling ni merupakan masjid pertama di Penang. Struktur
bangunannya sangat cantik dan mempunyai sentuhan seni bina India Muslim.
|
Masjid Kapitan Keling. Cantik kan! |
|
Sekitar masjid |
|
Selfie sikit. Hehe |
|
Rupanya Kedai Nasi Kandar Beratur ni terletak bersebelahan je dengan Masjid Kapitan Keling tu |
Kami menuju ke Padang Kota Lama selepas solat.
Padang Kota Lama ni sangat cantik!
|
Fefeeling shanghai kat padang kota lama. haha |
Terdapat Fort Cornwallis di sana. Fort Cornwallis ni dibina sebagai kubu pertahanan
pada zaman jajahan dulu tapi kini telah dijadikan muzium. Nak dijadikan cerita
kami tiba di Fort Cornwallis ni jam 9 malam and pada masa tu terdapat rehearsal
untuk Pesta Boria yang akan dilangsungkan pada 19/08/2016 dan 20/08/2016 iaitu pada
keesokkan harinya jam 8 malam! Memang excited nak pergi sebab nak tengok
kebudayaan Penang kan.
|
Kubu pertahanan 'Fort Cornwallis' |
Jika mengikut
plan asal, esok malam kami ingin berjalan di Night Market Batu Feringghi.
Tetapi kami menukar plan kami. So dari Padang Kota Lama kami terus bergerak ke
Batu Feringghi untuk berjalan dan shopping di Night Market Batu Feringghi
kerana esoknya nak menonton Pesta Boria di Fort Cornwallis tu.
Setibanya di
Night Market Batu Feringghi, kami berjalan dan melihat barang-barang di sana.
Untuk makluman, harga yang ditawarkan di sini agak mahal! Mungkin di sebabkan
lokasi nya. Yelah Batu Feringghi merupakan tumpuan pelancong dan sangat ramai
foreigner yang menginap di sini. So bila jalan di Night Market tu rasa macam
kat oversea pula. Semuannya foreigner! Haha.
|
Acah acah nak membeli je. haha |
No comments:
Post a Comment